ad
AGENDA

Bantuan banjir kepada tiga negeri bukti Selangor ketepi agenda politik

21 Jan 2021, 3:40 PM
Bantuan banjir kepada tiga negeri bukti Selangor ketepi agenda politik

SHAH ALAM, 21 JAN: Kerajaan Selangor sanggup mengetepikan agenda politik demi membantu rakyat yang terjejas akibat banjir di tiga negeri, kata ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Fuziah Salleh yang juga ahli parlimen Kuantan berkata keprihatinan kerajaan pimpinan Dato' Seri Amirudin Shari adalah semata-mata untuk membantu rakyat yang menderita.

"Saya mengambil maklum Kerajaan Pakatan Harapan Selangor menghulurkan sumbangan bantuan banjir menerusi Pakej Kita Selangor berjumlah RM1 juta untuk Pahang. Manakala RM500,000 masing-masing untuk Terengganu dan Kelantan.

"Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Selangor di atas keprihatinan yang tidak berbelah bahagi," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Semalam, Dato' Menteri Besar mengumumkan Pakej Kita Selangor bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Salah satu yang diumumkan ialah peruntukan sebanyak RM2 juta untuk membantu Pahang, Kelantan serta Terengganu yang dilanda banjir.

Selain Fuziah, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menganggap inisiatif Kerajaan Negeri sebagai sebagai teladan baik sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.