ad
AGENDA

Operasi kedai makan dilanjut hingga 10 malam mulai esok

21 Jan 2021, 10:01 AM
Operasi kedai makan dilanjut hingga 10 malam mulai esok

SHAH ALAM, 21 JAN: Kerajaan bersetuju melanjutkan operasi kedai makan dan restoran sehingga jam 10 malam mulai esok, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat hasil pertimbangan kerajaan terhadap aduan pengusaha kedai dan orang awam.

"Ada yang merungut pulang kerja lewat dan tidak sempat membeli makanan malahan ada juga dalam kalangan peniaga merintih kerana kebanyakan pelanggan mereka ramai pada waktu malam, contohnya penjual burger.

"Justeru, mengambil kira rungutan itu kita setuju melanjutkan waktu operasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam di semua negeri," katanya dalam sidang media hari ini.

Baru-baru ini ahli parlimen pembangkang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan kedai makanan beroperasi mengikut lesen perniagaan tidak terhad setakat jam 8 malam.

Gesaan itu bertujuan memulihkan ekonomi peniaga selain menjana pendapatan pekerja penghantar makanan serta menggalakkan rakyat duduk rumah bagi mengekang penularan Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.