ad
PBT

MPS sita pusat cuci kereta beroperasi ketika PKP

19 Jan 2021, 6:51 AM
MPS sita pusat cuci kereta beroperasi ketika PKP

SHAH ALAM, 19 JAN: Sebuah pusat cuci kereta di Selayang disita selepas beroperasi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata premis itu mengingkari pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) perintah tersebut.

"Tindakan sitaan dikenakan terhadap sebuah premis yang menjalankan operasi cuci kereta.

"Sepanjang tempoh PKP, aktiviti cuci kereta adalah tidak dibenarkan untuk beroperasi," katanya menerusi Facebook.

MPS berkata pihaknya akan meneruskan pemantauan berhubung pematuhan SOP dan mengambil tindakan dari semasa ke semasa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.