ad
AGENSI

PKP: Seldec hantar barang ke rumah secara percuma

17 Jan 2021, 8:45 AM
PKP: Seldec hantar barang ke rumah secara percuma

SHAH ALAM, 17 JAN: Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) menawarkan khidmat penghantaran barangan basah secara percuma sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Agensi itu berkata untuk menikmati tawaran berkenaan, orang ramai perlu membuat pembelian menerusi laman sesawang seldec.com.my dengan jumlah minimum RM50.

"Bukan itu saja, pelanggan juga boleh menikmati diskaun RM5 apabila menggunakan kod promo 'PKPRM5'.

"Langkah sedemikian bagi mengekalkan orang ramai berada di rumah di samping membantu petugas barisan hadapan mengurangkan penularan Covid-19," katanya menerusi Facebook.

Seldec memaklumkan barangan basah tersebut antaranya daging segar 100 peratus produk tempatan, ikan, ayam dan ayam kampung serta yang lain seperti kuih muih tempatan, beras, minyak dan kambing perap.

"Selain melakukan pembelian di laman sesawang seldec.com.my , orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi Seldec menerusi Google Playstore dan Apple AppStore untuk membeli-belah secara dalam talian," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.