ad
AGENDA

SPAN kesan sambungan air haram di tapak cili di Semenyih

16 Jan 2021, 2:33 AM
SPAN kesan sambungan air haram di tapak cili di Semenyih

SHAH ALAM, 16 JAN: Satu tapak projek cili fertigasi di Semenyih semalam dikesan melakukan sambungan bekalan air secara haram bagi menjalankan aktiviti penyemaian.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata susulan itu operasi memotong bekalan air dilakukan serta-merta.

“Maklumat ini diterima dari Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd. Siasatan di lokasi menemui sambungan paip tanpa menggunakan meter disyaki untuk tujuan tapak semaian tersebut dan kegunaan harian pekerja.

“Pengusaha akan dipanggil memberi keterangan dan disiasat mengikut Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655),” katanya menerusi Facebook.

Agensi berkata pihak yang didapati bersalah akan berdepan denda tidak kurang RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

“Kami akan sentiasa bekerjasama dengan operator bekalan air bagi mencegah aktiviti penyambungan haram serta menyalahi undang-undang,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.