ad
EXCO

Masyarakat digesa biasakan hidup norma baharu

14 Jan 2021, 7:06 AM
Masyarakat digesa biasakan hidup norma baharu

SHAH ALAM, 14 JAN: Masyarakat digesa membiasakan diri dengan norma baharu biarpun selepas pandemik berakhir.

Rodziah Ismail berkata tindakan itu mungkin sukar namun jika diamalkan secara disiplin ia akan menjadi biasa.

"Kita perlu cari kaedah walaupun duduk di rumah masih boleh melakukan aktiviti seperti biasa dan tetap dapat berhubung atau berurusan dengan pihak luar," kata EXCO Kerajaan Negeri.

Beliau turut mengingatkan slogan "kita jaga kita" juga bermakna masyarakat perlu membantu satu sama lain.

"Kita perlu melihat keadaan sekeliling seperti kejiranan sekiranya ada yang terjejas pendapatan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita perlu berusaha membantu mereka," tambahnya.

Isnin lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP meliputi tiga peringkat untuk tempoh 14 hari bermula 13 Januari.

PKP dikuat kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.