ad
BERITA UTAMA

MB ucap Selamat Hari Ponggal kepada masyarakat India

14 Jan 2021, 4:43 AM
MB ucap Selamat Hari Ponggal kepada masyarakat India
MB ucap Selamat Hari Ponggal kepada masyarakat India

SHAH ALAM, 14 JAN: Dato' Menteri Besar mengucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal kepada seluruh masyarakat India di negeri ini.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata perayaan itu menandakan sambutan musim menuai serta merayakan kejayaan dan kemakmuran yang melimpah ruah.

"Perayaan ini adalah simbol masyarakat yang berbilang bangsa dan adat resam di Malaysia.

"Semoga tahun ini Selangor terus dilimpahi kemakmuran dan kejayaan untuk dinikmati segenap rakyat negeri yang bertuah ini," katanya di Facebook.

Perayaan ini disambut semasa musim menuai oleh masyarakat India di Tamil Nadu sebagai tanda terima kasih kepada alam semula jadi yang disambut pada hari pertama bulan Thai menurut kalendar Tamil.

Ponggal ialah nama nasi manis yang ditanak bersama susu menggunakan periuk tanah. Di Malaysia, perayaan ini dianggap sebagai sebahagian festival melibatkan pelbagai kaum.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.