ad
AGENDA

Pusat tuisyen tidak dibenar di negeri terlibat PKP

12 Jan 2021, 2:06 PM
Pusat tuisyen tidak dibenar di negeri terlibat PKP

SHAH ALAM, 12 JAN: Kerajaan tidak membenarkan pusat tuisyen beroperasi di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri kanan (pendidikan) bagaimanapun berkata sekolah dibenar melaksanakan kelas tambahan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setara.

"Pusat tuisyen hanya boleh beroperasi di negeri yang dikenakan PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan," kata Dr Radzi Jidin pada sidang media hari ini.

Semalam kerajaan memutuskan pelaksanaan PKP di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKP Bersyarat pula di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah Terengganu dan Kelantan manakala PKP Pemulihan melibatkan Perlis dan Sarawak.

Pelaksanaan selama 14 hari bermula esok sehingga 26 Januari.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.