ad
ADN

DUN Kota Anggerik, AMK Selangor bantu mangsa bah Pahang

12 Jan 2021, 1:20 AM
DUN Kota Anggerik, AMK Selangor bantu mangsa bah Pahang
DUN Kota Anggerik, AMK Selangor bantu mangsa bah Pahang
DUN Kota Anggerik, AMK Selangor bantu mangsa bah Pahang

SHAH ALAM, 12 JAN: Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik menyampaikan bantuan makanan asas kepada 100 keluarga mangsa banjir di Temerloh, Pahang pada Ahad.

Najwan Halimi memaklumkan inisiatif itu dilakukan dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang diwakili 30 sukarelawan.

"Proses serahan bantuan diselaraskan dengan kerjasama KEADILAN cabang Temerloh dan AMK Pahang.

[caption id="attachment_456692" align="aligncenter" width="666"] ADN Kota Anggerik Najwan Halimi mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Temerloh. Foto Facebook Najwan Halimi[/caption]

"Tujuan kita untuk menyantuni dan mengurangkan beban ditanggung mangsa banjir. Walaupun berbeza negeri ia tidak menghalang kita meneruskan sumbangan ini," katanya ketika dihubungi.

Menurut Najwan, selain bantuan makanan pihaknya turut menghulur barangan sumbangan daripada orang ramai termasuk pakaian, tuala wanita dan lampin pakai buang bayi.

Sebanyak 11 kenderaan pacuan empat roda sertai misi konvoi bantuan mangsa banjir ke Temerloh pada Ahad.

Pelepasan konvoi disempurnakan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_456694" align="aligncenter" width="702"] Pelepasan konvoi disempurnakan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.