ad
AGENDA

PKP: Anwar gesa Putrajaya segera bantu golongan terkesan

12 Jan 2021, 12:42 AM
PKP: Anwar gesa Putrajaya segera bantu golongan terkesan

SHAH ALAM, 12 JAN: Kerajaan perlu menyalur peruntukan segera sejumlah RM500 juta bagi meringankan beban golongan terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua pembangkang berharap bantuan tersebut akan mengelak lebih banyak perniagaan ditutup sekaligus menyebabkan ramai hilang pekerjaan serta dihempap kemiskinan.

"Banyak perniagaan seperti PKS atau IKS masih belum menerima subsidi upah dan perniagaan mereka di ambang penutupan kerana tidak lagi tertampung kesan pandemik.

"Selain itu kerajaan juga mesti segera melaksanakan semula moratorium pinjaman sehingga diberitahu kelak," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan.

Anwar turut mengingatkan kerajaan untuk menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir di beberapa buah negeri.

"Pusat pemindahan sementara banjir perlu dipantau rapi selain mesti melaksanakan tatacara operasi piawai (SOP) ketat untuk mencegah kewujudan kluster baharu," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata rakyat berhak serta memerlukan kepimpinan lebih baik dan tegas dalam saat getir ini.

"Inilah masanya untuk menonjolkan kepimpinan yang bertanggungjawab dan kerajaan harus sedar dari berkhayal supaya keadaan tidak semakin memburuk," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.