ad
AGENSI

Selangor terus runding pindahkan penjaja Puchong Permai

11 Jan 2021, 1:16 PM
Selangor terus runding pindahkan penjaja Puchong Permai

SABAK BERNAM, 11 JAN: Rundingan bersama penjaja Jalan Taqwa, Persiaran Puchong Permai berhubung penempatan lokasi baharu akan terus dilaksanakan.

Dato' Menteri Besar berkata rancangan memindahkan penjaja berkenaan ke pusat niaga yang lebih strategik dibuat sejak dua tahun lalu.

Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan walau keputusan itu sukar diterima, namun penjaja perlu berpindah dan sedia berubah.

"Memang bukan mudah namun bila ubah, suasana lebih bagus. Mungkin (permulaan) pengunjung tidak seperti sebelum ini tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi tarikan," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, penempatan baharu itu juga menjamin keselesaan penduduk memandangkan lokasi ketika ini menjadi punca kesesakan jalan raya.

Majlis Bandaraya Subang Jaya sebelum ini memaklumkan Pusat Penjaja Puchong Permai yang baharu berada di kawasan strategik dan dilengkapi pelbagai kemudahan asas.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata lokasinya yang juga bersebelahan tapak pasar tani menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.