ad
ADN

Kerajaan digesa laksana PKP bersasar, pertimbang soal kesihatan dan ekonomi

10 Jan 2021, 6:29 AM
Kerajaan digesa laksana PKP bersasar, pertimbang soal kesihatan dan ekonomi

SHAH ALAM, 10 JAN: Kerajaan disaran melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar dengan tumpuan hanya kepada sesuatu kawasan sahaja.

Ahli Dewan Negeri Dusun Tua berkata tindakan itu lebih baik dalam merangka keseimbangan antara keperluan kesihatan dan ekonomi.

"Bagaimanapun kerajaan juga perlu meningkatkan usaha dan bertindak lebih tegas terutama ketika tempoh PKP Bersyarat ketika ini.

"Contohnya mempunyai komunikasi jelas supaya rakyat faham dan menguat kuasakan undang-undang tanpa "pilih bulu"," kata Edry Faizal Eddy Yusof kepada SelangorKini.

Menurutnya, masyarakat juga dinasihat terus kekal patuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan berusaha membendung penularan Covid-19 jika tidak mahu PKP berulang.

"Hanya ada satu cara sahaja kita hentikan rantaian wabak ini selain patuh SOP, anggap sahaja orang sekeliling mungkin pembawa virus itu. Maka, jagalah jarak dan kerap cuci tangan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.