ad
AGENDA

Bekalan air tiga wilayah pulih sepenuhnya

9 Jan 2021, 11:16 AM
Bekalan air tiga wilayah pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 9 JAN: Gangguan bekalan air tiga wilayah berikutan kejadian paip pecah di Taman Sungai Sering, Cheras semalam pulih sepenuhnya petang ini.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh tersebut.

"Air Selangor memohon kerjasama pengguna untuk melaporkan kejadian paip bocor atau pecah bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan segera," kata Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Sebanyak 121 kawasan sekitar Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pemasangan paip pembentungan oleh pihak ketiga pada 2 Januari lalu.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.