ad
PBT

MDKS lantik 18 ahli majlis, komited jaya program rakyat

9 Jan 2021, 6:55 AM
MDKS lantik 18 ahli majlis, komited jaya program rakyat

SHAH ALAM, 9 JAN: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) berharap 18 ahli majlis yang dilantik dapat menjadi penghubung dan pemudah cara antara pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dengan masyarakat.

Yang dipertuanya berkata pelantikan itu juga diharap dapat mengangkat martabat MDKS bertunjangkan komitmen yang berintegriti, dinamik dan prihatin.

"Untuk sesi baharu ini, kita telah menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada semua ahli majlis bagi memastikan tugas dan peranan mereka dilaksana dengan baik dan sempurna.

"Antara yang dinilai adalah kehadiran ke mesyuarat dan program jabatan, penganjuran program kemasyarakatan serta pengurusan aduan awam," kata Rahilah Rahmat menerusi kenyataan di Facebook.

Semalam, MDKS mengadakan Majlis Angkat Sumpah Menerima Jawatan Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor Sesi 2021-2022 di Bilik Mesyuarat Malawati, ibu pejabatnya.

Berikut senarai Ahli Majlis MDKS 2021-2022:

Dato' Mohamad Yaacob Dato' Ismail

Lim Piang Nam

Anwar Karison

T Rajasegaran

V Lanuga

Zailani Kadir

Atiqah Syairah Shaharuddin

Lim Yau Mien

Yeow Yeong Feng

Hoi Yun Hong

V Alagenthran

Nagmuddin Hussai

Khider Ab Rahim

Mohd Hatta Sanuri

Mohd Aziz Mat Rashid

NV Pushpa

Nurul Azuwan Ab Malek

Raja Shahmirulzaman Raja Badakozaman

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.