ad
PBT

MDKS tawar diskaun kompaun pelbagai kesalahan serendah RM20

6 Jan 2021, 4:10 AM
MDKS tawar diskaun kompaun pelbagai kesalahan serendah RM20
MDKS tawar diskaun kompaun pelbagai kesalahan serendah RM20

SHAH ALAM, 6 JAN: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menawarkan promosi bayaran kompaun serendah RM20 bagi pelbagai kesalahan mulai 1 Januari hingga 28 Februari.

MDKS berkata antara kesalahan yang diberi tawaran adalah kesalahan meletak kereta selain di petak orang kelainan upaya (OKU) dan petak khas.

"Manakala, mereka yang parkir di petak OKU pula dikena caj RM50. Bagi kesalahan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Penjaja pula tawaran sebanyak RM30.

"MDKS turut menawarkan pengurangan bagi kesalahan berkaitan Kawalan Halangan S46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 sebanyak RM50 dan (UUK) berkaitan perlesenan perniagaan (RM100)," katanya dalam kenyataan.

Selain itu, tawaran RM250 bagi kesalahan Kawalan Bangunan S70(11) dan S70(13) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Kaedah bayaran boleh dibuat di i-services, kaunter bayaran MDKS, aplikasi Citizen e-Peyment (CEPat), wang pos atau bank draf.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.