ad
SELANGOR

638 kes baharu Covid-19 di Selangor, empat kematian

2 Jan 2021, 12:22 PM
638 kes baharu Covid-19 di Selangor, empat kematian

SHAH ALAM, 2 JAN: Selangor mencatatkan 638 kes baharu Covid-19 hari ini, tertinggi daripada keseluruhan jangkitan dalam negara.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu, 284 kes daripada kluster sedia ada,  kluster baharu (60), saringan kontak rapat ( 212 ), lain-lain saringan (140) dan dua kes import.

"Terdapat empat kematian direkodkan di Selangor iaitu melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita di Hospital Sungai Buloh; Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (lelaki) dan Hospital Ampang (lelaki).

"Wujud dua kluster baharu tempat kerja di negeri itu hari ini iaitu kluster Tapak Bina Casuarina dan kluster Renggam melibatkan daerah Sepang, Petaling serta Klang," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melaporkan jumlah terkumpul kes Covid-19 di negeri ini ialah 33,807 kes dengan 24,436 pulih.

Tambahnya, jumlah kematian ialah 48 dan kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 9,323.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.