ad
AGENDA

Cawangan Industri Khas LHDN ditutup sementara untuk sanitasi

2 Jan 2021, 7:46 AM

PUTRAJAYA, 2 JAN: Cawangan Industri Khas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan ditutup sementara mulai 4 Jan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

LHDN menerusi kenyataan memaklumkan cawangan itu terletak di Tingkat 11-13, Blok 8, Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

Katanya dalam tempoh berkenaan, pelanggan dinasihatkan untuk melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.