ad
BERITA UTAMA

MDKS berpotensi jadi perbandaran tahun ini, fokus tambah baik - EXCO

1 Jan 2021, 11:54 PM
MDKS berpotensi jadi perbandaran tahun ini, fokus tambah baik - EXCO
MDKS berpotensi jadi perbandaran tahun ini, fokus tambah baik - EXCO
MDKS berpotensi jadi perbandaran tahun ini, fokus tambah baik - EXCO

SHAH ALAM, 2 JAN: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) berpotensi untuk bertukar status kepada majlis perbandaran pada tahun ini, kata EXCO kerajaan tempatan.

Bagaimanapun, Ng Sze Han berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) itu perlu fokus untuk meningkatkan perkhidmatannya kepada penduduk.

"Dari tahun lalu MDKS menanti untuk bertukar status kepada perbandaran. Oleh itu saya yakin tahun ini kemungkinan MDKS boleh bertukar status daripada majlis daerah kepada majlis perbandaran.

"Tetapi perlu diingatkan, bukan hanya status yang dikejar. Sebaliknya mutu perkhidmatan mereka perlu ditingkatkan sekali gus diyakini boleh dicapai," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian susulan yang dipertua MDKS memaklumkan PBT itu dijangka berstatus majlis perbandaran pada tahun ini.

Katanya, perkara itu dalam fasa akhir proses pewartaan dan sedang diteliti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ogos lalu, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan MDKS masih menunggu lampu hijau daripada KPKT berhubung perubahan status majlis daerah kepada perbandaran selain melihat kepada beberapa penelitian termasuk aspek penduduk, pendapatan dan hasil.

[caption id="attachment_141210" align="alignleft" width="429"] Bukit Melawati di Kuala Selangor berpotensi maju dalam sektor pelancongan[/caption]

Setakat ini Selangor mempunyai tiga majlis bandaraya termasuk Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

Ia disusuli enam majlis perbandaran iaitu Selayang, Ampang Jaya, Klang, Kajang, Kuala Langat dan Sepang.

Sementara itu majlis daerah iaitu Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.