ad
AGENSI

Kerja pembaikan paip putus dijangka siap 10 pagi ini

31 Dis 2020, 2:33 AM
Kerja pembaikan paip putus dijangka siap 10 pagi ini

SHAH ALAM, 31 DIS: Kerja pengalihan paip sementera yang terputus susulan tanah runtuh di Damansara Utama sejak jam 12.30 malam tadi dijangka siap sepenuhnya jam 10 pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata kerja pembaikan itu mengalami kelewatan selama 4 jam seperti yang dijadualkan disebabkan masalah teknikal dan aspek keselamatan di tapak.

"Bekalan air akan diagihkan setelah kerja pengalihan paip sementara ini siap.

"Pengguna boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui lori tangki yang digerakkan ke kawasan terlibat atau tangki statik yang diletakkan di pusat khidmat setempat," katanya dalam kenyataan.

Untuk perkembangan kerja pembaikan, layari laman sesawang http://www.airselangor.com atau rujuk saluran komunikasi melalui Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi pusat perhubungan di talian 15300.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.