ad
AGENDA

MB: 2020 tahun mencabar, kekal dalam lipatan sejarah

30 Dis 2020, 3:41 PM
MB: 2020 tahun mencabar, kekal dalam lipatan sejarah

SHAH ALAM, 30 DIS: Dato' Menteri Besar menyifatkan 2020 sebagai tahun mencabar yang akan tercatat dalam lipatan sejarah.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata banyak perancangan tidak dapat dilaksana berikutan pandemik Covid-19 selain pertukaran kerajaan di peringkat persekutuan dan kelembapan ekonomi.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana mampu mengharungi kekangan itu secara bersama berkat kegigihan dan semangat kental.

"Syukur Alhamdulillah, berkat kegigihan dan semangat yang kental kita harungi semua cabaran bersama, kita kekal kukuh di sini dan bakal melangkah masuk ke tahun seterusnya," tulisnya di Facebook.

Amirudin berharap supaya Selangor mengecap pelbagai kejayaan tahun hadapan sekali gus meletakkannya sebagai negeri terbaik dalam negara.

"Doa saya agar 2021 memberi seribu sinar yang bermakna kepada seluruh rakyat, membawa kejayaan dan kegemilangan kepada Selangor sebagai negeri ulung kekal unggul di persada tanah air," katanya disertakan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2021.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.