ad
PBT

Pasar Awam Banting ditutup 10 hari untuk sanitasi

29 Dis 2020, 8:04 AM
Pasar Awam Banting ditutup 10 hari untuk sanitasi
Pasar Awam Banting ditutup 10 hari untuk sanitasi

SHAH ALAM, 29 DIS: Pasar Awam Banting ditutup 10 hari berkuat kuasa hari ini hingga 7 Januari depan bagi proses sanitasi, kata Majlis Perbandaran Kuala Langat.

Yang Dipertua Dato' Amirul Azizan Abd Rahim berkata kerja semburan premis diselia pihaknya, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran serta Pejabat Kesihatan Daerah.

"Ia bagi memastikan sanitasi awam dilaksanakan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Saya menyeru orang awam dapat bersabar dan memberi kerjasama sebaiknya," katanya melalui hebahan di Facebook.

Beliau menjelaskan operasi berkenaan dilakukan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.