ad
AGENSI

Dua keluarga Orang Asli Semenyih terima rumah baharu

29 Dis 2020, 2:13 AM
Dua keluarga Orang Asli Semenyih terima rumah baharu

SHAH ALAM, 29 DIS: Dua lagi keluarga dari perkampungan Orang Asli di Semenyih menerima kunci rumah baharu semalam.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata rumah bernilai RM93,000 yang didirikan di atas tanah adat bagi menggantikan rumah mereka yang uzur.

"Alhamdulillah, dua lagi keluarga di Perkampungan Orang Asli, Kampung Kachau Dalam, Semenyih menerima kunci rumah baru mereka.

"Di penghujung tahun 2020, kami masih terus menyalurkan zakat yang anda tunaikan," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.