ad
ADN

DUN Paya Jaras fokus atasi masalah banjir tahun depan

28 Dis 2020, 12:22 AM
DUN Paya Jaras fokus atasi masalah banjir tahun depan

SHAH ALAM, 28 DIS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras merangka perancangan jangka panjang bagi menangani masalah banjir di kampung tradisi di kawasan itu tahun depan.

Mohd Khairuddin Othman berkata antara kampung terlibat ialah Kampung Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak dan Kampung Sungai Plong.

"Kita akan memperkemaskan sistem perparitan dan besarkan saliran bagi memastikan banjir tidak berulang. Selain itu, kolam takungan air juga dibina mengikut kesesuaian tempat.

"Insya-Allah semua itu akan diberi perhatian tahun depan, kita harap penduduk bersabar, kerja pembaikan ini akan mula sedikit masa lagi," katanya kepada SelangorKini.

Beliau menjelaskan usaha itu turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Kerja Raya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.