ad
AGENDA

Orang ramai dinasihat patuhi SOP sambut Krismas, tahun baharu

23 Dis 2020, 1:30 AM
Orang ramai dinasihat patuhi SOP sambut Krismas, tahun baharu

SHAH ALAM, 23 DIS: Masyarakat dinasihat mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketika menyambut perayaan Krismas dan tahun baharu.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor (STFC) berkata langkah itu penting bagi mengelak wujudnya gelombang ketiga Covid-19.

"Memang agak sukar untuk kita kawal perkara yang sudah biasa dilakukan tetapi jangan ambil mudah, 'kita jaga kita' sangat besar maknanya.

"Peringatan ini bukan sahaja untuk penganut Kristian sebaliknya kepada semua, selagi vaksin belum sampai, amalkan SOP dan keluar hanya bila perlu," kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata demikian menerusi wawancara "Cabaran Tangani Peningkatan Kes Covid-19 di Selangor" di Astro Awani malam tadi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.