ad
AGENSI

LZS: Klang catat paling ramai asnaf fakir, miskin

21 Dis 2020, 2:26 AM
LZS: Klang catat paling ramai asnaf fakir, miskin

SHAH ALAM, 21 DIS: Klang merekodkan daerah paling ramai mempunyai golongan asnaf fakir dan miskin di negeri ini, menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi berkata berdasarkan data yang belum diaudit dari Januari hingga Oktober, seramai 10,256 keluarga didaftarkan dalam kategori berkenaan di daerah itu.

"Terima kasih kepada semua pengeluar zakat di Selangor. Sebanyak 2.5 peratus zakat yang anda tunaikan dapat meringankan beban mereka yang berhak," katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, pihak LZS menziarahi beberapa keluarga asnaf di daerah tersebut untuk melihat keperluan mereka bagi menyalurkan sumbangan.

Pada 30 April lalu, Klang mencatatkan bilangan paling ramai menerima bantuan iaitu 11,571 penerima dengan peruntukan sebanyak RM5.3 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.