ad
AGENSI

LZS biaya persiapan sekolah lebih 70,000 anak asnaf

16 Dis 2020, 9:26 AM
LZS biaya persiapan sekolah lebih 70,000 anak asnaf

SHAH ALAM, 16 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan sejumlah RM34.6 juta kepada anak asnaf fakir dan miskin negeri ini untuk sesi persekolahan tahun depan.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata bantuan kepada lebih 70,000 asnaf dari peringkat prasekolah hingga menengah meliputi yuran dan kelengkapan sekolah.

Saipolyazan Mat Yusop memaklumkan sumbangan disalurkan melalui tiga kaedah iaitu kredit ke akaun bank ketua keluarga, baucar dan bayaran tunai.

"Setiap pelajar akan menerima bantuan yuran antara RM100 hingga RM250 seorang bergantung kepada tahap persekolahan mereka," katanya pada program agihan bantuan persekolahan sesi 2021 di sini.

"Kelengkapan sekolah pula boleh ditebus menggunakan MyKad ketua keluarga di pasar raya terpilih seperti Tesco, Sakan, Jakel, Canggih dan Fairuz Ramdan Design."

Saipolyazan berkata penerima bagi kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang boleh menebus bantuan tersebut melalui Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.