ad
AGENSI

Bayar caj parkir di Shah Alam, PJ guna Touch 'n Go eWallet

16 Dis 2020, 4:44 AM
Bayar caj parkir di Shah Alam, PJ guna Touch 'n Go eWallet

SHAH ALAM, 16 DIS: Bayaran tempat letak kereta bagi kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya kini boleh dibuat melalui aplikasi Touch 'n Go eWallet.

Kaedah pembayaran tanpa tunai dilaksana dengan kerjasama Flexi Parking dan Smart Selangor Parking, lapor portal technave.com.

Menurut portal itu, pengguna akan diberi peringatan 15 minit sebelum tempoh parkir berakhir dan boleh diperbaharui melalui aplikasi.

"Anda cuma perlu menekan ikon 'tempat letak kereta' (huruf p) di menu utama dan masukkan tempoh masa, lokasi serta nombor pendaftaran kenderaan," maklum laman web berkenaan.

Kaedah bayaran itu sudah dilaksanakan di Subang Jaya dan Kuala Langat. Lokasi lain meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Machang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.