ad
AGENSI

Polis buru dua suspek cubaan ragut di Bandar Sri Damansara

13 Dis 2020, 2:57 PM
Polis buru dua suspek cubaan ragut di Bandar Sri Damansara
Polis buru dua suspek cubaan ragut di Bandar Sri Damansara

KUALA LUMPUR, 13 DIS: Polis sedang memburu dua suspek yang terlibat dalam kes cubaan ragut bermotosikal ketika menunggu lampu isyarat di Bandar Sri Damansara semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kejadian itu telah dirakam netizen menerusi kamera yang dipasang pada sebuah kereta.

"Suspek telah memecahkan tingkap kereta di sebelah penumpang bagi meragut beg tangan mangsa tetapi gagal apabila mangsa sempat memegang beg tangannya dan suspek terus melarikan diri.

[caption id="attachment_453255" align="alignright" width="440"] Polis buru dua suspek dalam kes cubaan ragut bermotosikal ketika menunggu lampu isyarat di Bandar Sri Damansara pada 13 Disember 2020. Tangkap Layar: Facebook Sukan Star TV[/caption]

"Mangsa seorang wanita berumur 47 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan namun kerugian akibat tingkap keretanya yang dipecah," katanya pada Bernama hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan bagi cubaan merompak yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.