ad
AGENSI

LUAS tutup ibu pejabat dua hari untuk nyahkuman

9 Dis 2020, 6:27 AM
LUAS tutup ibu pejabat dua hari untuk nyahkuman

SHAH ALAM, 9 DIS: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menutup operasi ibu pejabatnya di Bangunan Darul Ehsan mulai hari ini hingga esok bagi kerja nyahkuman.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan langkah tersebut susulan pengesanan kes Covid-19 di bangunan tersebut.

"Bagaimanapun, Ops Sumber Air dan pemantauan sumber air 24 jam berjalan seperti biasa di tapak. Sehingga kini juga, semua kakitangan LUAS negatif Covid-19," kata agensi itu.

LUAS memaklumkan pihaknya akan melaksana langkah ditetapkan untuk memastikan keselamatan kakitangan dan pengunjung terjamin.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.