ad
AGENDA

Empat LRA kembali operasi, air tercemar diatasi

7 Dis 2020, 11:56 PM
Empat LRA kembali operasi, air tercemar diatasi

SHAH ALAM, 8 DIS: Empat loji rawatan air (LRA) yang dihentikan tugas berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor kembali beroperasi awal pagi tadi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tahap pencemaran LRA Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2, 3 mencapai 0 TON (nombor bau nilai ambang).

“Saya dimaklumkan bahawa bacaan 0 TON dicapai setelah usaha mengatasi pencemaran dibuat oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)," katanya menerusi Facebook.

Sementara itu, Air Selangor dalam kenyataan berasingan memaklumkan LRA Rantau Panjang beroperasi semula pada 3.30 pagi manakala LRA SSP 1,2 dan 3 jam 5 pagi selepas bacaan 0 TON direkodkan tiga kali berturut-turut.

Terdahulu, LRA Rantau Panjang dihenti tugas jam 11.30 malam tadi dan SSP 1,2,3 pada 1 pagi.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.