ad
AGENSI

Pelepasan yuran bantu 6,300 siswa Unisel lanjut pengajian

7 Dis 2020, 3:29 PM
Pelepasan yuran bantu 6,300 siswa Unisel lanjut pengajian
Pelepasan yuran bantu 6,300 siswa Unisel lanjut pengajian

SHAH ALAM, 7 DIS: Program Bantuan Yuran Asas Universiti (Bayu) bakal memanfaatkan seramai 6,300 pelajar Universiti Selangor (Unisel).

Dekan hal ehwal pelajarnya berkata program pelepasan yuran asas itu khusus buat siswa dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

"Kita amat bersyukur dengan pemberian ini dan melihat iltizam Kerajaan Negeri untuk memberi pendidikan berkualiti tanpa yuran yang tinggi," kata Amidi Abdul Manan pada program bual bicara Strategi Selamatkan Pendidikan, Bela Pelajar anjuran Media Selangor di sini.

[caption id="attachment_452494" align="alignright" width="500"] Amidi Abdul Manan pada program bual bicara Strategi Selamatkan Pendidikan, Bela Pelajar bersama Yayasan Selangor dan Universiti Selangor (Unisel) di Studio Media Selangor, Shah Alam pada 7 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Belanjawan Selangor 2021 memperuntuk RM4 juta bagi pelaksanaan Bayu khusus buat pelajar Unisel dan

Kolej Universiti Islam Selangor.

Sementara itu, Amidi berkata yuran yang dikenakan universiti Kerajaan Negeri masih relevan dan rendah berbanding institusi pengajian tinggi (IPT) lain.

Jelasnya, kos bagi kursus kejuruteraan Unisel dalam tempoh empat tahun ialah RM50,000, manakala IPT lain mengenakan caj sehingga RM70,0000 untuk kursus sama.

"Sebuah univeristi swasta lagi mengenakan kos RM70,000 untuk tempoh setahun pembelajaran. Ini jelas menunjukkan yuran Unisel masih relevan dan semangat Kerajaan Negeri memberi pendidikan berkualiti kepada anak Selangor," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.