ad
ADN

100 kanak-kanak DUN Jeram sertai program khatan percuma

7 Dis 2020, 8:54 AM
100 kanak-kanak DUN Jeram sertai program khatan percuma

SHAH ALAM, 7 DIS: Seramai 100 kanak-kanak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram menyertai program berkhatan secara percuma anjuran pejabat wakil rakyatnya.

Mohd Shaid Rosli berkata acara tahunan itu menyasarkan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) berusia antara enam hingga 12 tahun.

"Kita memperuntukkan sebanyak RM15,000 dengan kos tanggungan setiap peserta RM150. Rata-rata ibu bapa membawa dua orang anak untuk menyertai program ini," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata program di Klinik Nuraisha Bandar Puncak Alam dijalankan secara berfasa membabitkan 50 kanak-kanak pada 29 November, manakala selebihnya semalam bermula jam 1 hingga 6 petang.

Tambahnya, program berkenaan akan diteruskan tahun depan memandangkan ia mendapat sambutan menggalakkan pada tahun-tahun sebelumnya.

"Diharap inisiatif seperti ini membantu mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan sekali gus membuktikan keprihatinan dan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.