ad
BERITA UTAMA

Bas Smart Selangor guna 'Tap to Ride' hujung bulan ini

5 Dis 2020, 6:06 AM
Bas Smart Selangor guna 'Tap to Ride' hujung bulan ini

PUCHONG, 5 DIS: Bas Smart Selangor dijangka menggunakan sistem 'Tap to Ride' bermula hujung bulan ini, kata EXCO pengangkutan awam.

Ng Sze Han berkata dua laluan bas akan dijadikan projek perintis untuk menguji keberkesanan sistem berkenaan.

"Kita belum putuskan sama ada penumpang menggunakan kad pengenalan atau aplikasi khas bagi sistem 'Tap to Ride'," katanya selepas mengagihkan kalendar 2021 kepada orang ramai di pasar pagi Puchong Jaya hari ini.

Beliau berkata kaedah sesuai bakal ditentukan Smart Selangor Delivery Unit tidak lama lagi.

Aplikasi 'Tap to Ride' membolehkan pengguna membayar tambang melalui kad atau mengimbas kod QR. Warganegara pula hanya menunjukkan kad pengenalan untuk menaiki bas secara percuma.

Usaha itu selaras hasrat mewujudkan masyarakat Selangor tanpa tunai serta ke arah Negeri Pintar menjelang 2025.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.