ad
AGENSI

Terima RM6.5 juta, Yide perlu lagi RM3.5 juta bina kompleks anak yatim

4 Dis 2020, 1:40 AM
Terima RM6.5 juta, Yide perlu lagi RM3.5 juta bina kompleks anak yatim

SHAH ALAM, 4 DIS: Sebanyak RM6.5 juta sumbangan diterima Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) bagi pembinaan kompleks anak yatim setakat Oktober.

Pengurus Besar Nur Mohd Razali Abdullah berkata pihaknya masih memerlukan RM3.5 juta infak daripada orang ramai bagi menjayakan usaha itu.

"Kita mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada mana-mana syarikat korporat, agensi, badan bukan kerajaan atau individu untuk terus menderma kepada Yide agar pembinaan kompleks anak yatim ini dapat direalisasikan," katanya kepada SelangorKini.

Menurutnya, yayasan turut mengalu-alukan orang ramai menderma menerusi platform digital Shopee dengan membuat pembelian baucar RM10 dan RM50.

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (1223 40100 07330) atau secara dalam talian di Billplz: https://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim atau melalui Jom Pay (Biller Code: 81059) atau aplikasi e-dompet Touch n Go dan Snap and Pay.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.