ad
AGENDA

Data peribadi aplikasi MySejahtera selamat, usah bimbang - menteri

2 Dis 2020, 10:48 AM
Data peribadi aplikasi MySejahtera selamat, usah bimbang - menteri

SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan memberi jaminan data peribadi orang ramai menerusi aplikasi MySejahtera selamat kerana dikawal selia sepenuhnya Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aplikasi dimiliki sepenuhnya Kementerian Kesihatan (KKM) itu turut dikawal di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi.

Katanya, ciri keselamatannya mematuhi piawaian antarabangsa dalam melindungi kerahsiaan dan keselamatan data.

"Rakyat tidak perlu bimbang kerana ia di bawah kawalan kerajaan dan kita mengawalnya serta memastikan data peribadi itu dilindungi daripada sebarang isu kononnya data itu dikongsi sesiapa.

"Adalah menjadi kesalahan jika data peribadi itu dikongsi mana-mana pihak tidak bertanggungjawab dan boleh didakwa di bawah Akta Perlindungan Peribadi," katanya dalam sidang media, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video mendakwa data peribadi orang ramai pada aplikasi MySejahtera mudah diakses dan dibocori.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.