ad
BUDAYA

Di hari lahirmu

30 Nov 2020, 3:33 PM
Di hari lahirmu

Masih tersimpan

sepiring kenangan dari pecahan kata

bertahun aku simpan dalam almari ingat.

Setiap kali kubuka ia menjadi baju koyak

biarpun telah aku jahit dengan benang pasrah

dari laci takdir.

Hari ini, di hari lahir-mu

akan aku berikan baju itu sebagai hadiah

dengan ucapan "masihkah kau ingat?"

 

Shafei al-Samadi

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.