ad
ADN

Ribuan penduduk Dusun Tua dapat manfaat Program Bank Makanan

29 Nov 2020, 6:22 AM
Ribuan penduduk Dusun Tua dapat manfaat Program Bank Makanan

HULU LANGAT, 29 NOV: Lebih 5,000 penduduk Dusun Tua menerima manfaat Program Bank Makanan sejak dilancarkan pada Mac, kata wakil rakyatnya.

Edry Faizal Eddy Yusof berkata pemberian bekalan seperti beras, sayur, ikan dan telur diharap meringankan beban golongan terjejas susulan Covid-19.

"Kita tidak agihkan bekalan rumah ke rumah tetapi keluarga terjejas boleh datang ambil makanan di premis Bank Makanan di Taman Pinggiran Delima.

"Saya terima banyak aduan daripada mereka yang hilang sumber pendapatan sejak Mac dan selaku wakil rakyat, saya cuba sedaya mampu untuk membantu masyarakat," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Bakul Makanan kepada mangsa banjir di Dewan Serbaguna Taman Sri Nanding hari ini.

Edry berkata pihaknya membuat tapisan golongan layak menerima bantuan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan daripada manfaat tersebut.

Premis tersebut beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.