ad
AGENSI

MBI belanja RM30 juta laksana CSR tahun ini - MB

28 Nov 2020, 10:34 AM
MBI belanja RM30 juta laksana CSR tahun ini - MB
MBI belanja RM30 juta laksana CSR tahun ini - MB

GOMBAK, 28 NOV: Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) memperuntukkan hampir RM30 juta bagi menggerakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang tahun ini.

Dato’ Menteri Besar berkata peruntukan itu lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya pada sekitar RM25 juta berikutan penularan Covid-19.

“Sumbangan ini meliputi bantuan Aidilfitri kepada golongan memerlukan, nazir dan imam masjid serta surau termasuk lembu korban sempena Aidiladha.

“Dana juga disediakan bagi membantu mengukuhkan institusi agama seperti surau dan masjid kerana melalui kehidupan dirahmati, kita dapat meneruskan agenda kecemerlangan ekonomi serta kemakmuran negeri,” kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan pembinaan dataran serbaguna Surau Al-Mukmin Mutiara Gombak di sini hari ini yang juga dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek.

[caption id="attachment_451428" align="aligncenter" width="571"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menanam pokok sebagai gimik pelancaran kebun organik di Surau Al Mukmin Mutiara Gombak, Gombak pada 28 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata pihaknya percaya program CSR dilaksana MBI mampu memberi manfaat kepada masyarakat di negeri ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.