ad
ADN

ADN Kota Anggerik serah bantuan makanan kepada pemandu teksi

28 Nov 2020, 9:37 AM
ADN Kota Anggerik serah bantuan makanan kepada pemandu teksi

SHAH ALAM, 28 NOV: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik menyantuni 150 pemandu teksi yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

Najwan Halimi berkata mereka diberi bantuan makanan asas yang berlangsung di dataran Stadium Malawati di sini pagi tadi.

"Pemandu teksi antara golongan yang sangat terjejas terutama ketika penularan Covid-19. Justeru, saya mengambil langkah untuk bantu meringankan beban mereka menerusi bantuan makanan ini.

"Terima kasih juga kepada Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam yang membantu pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik menyempurnakan program tadi," katanya di Facebook.

Menurutnya, agihan sumbangan juga dibuat menerusi pandu lalu dan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.