ad
BERITA UTAMA

Jelajah Selangor Bekerja tawar lebih 3,000 peluang kerja

27 Nov 2020, 8:39 AM
Jelajah Selangor Bekerja tawar lebih 3,000 peluang kerja

SHAH ALAM, 27 NOV: Sebanyak 3,669 peluang pekerjaan untuk kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hingga ijazah doktor falsafah (PhD) ditawarkan menerusi program Jelajah Selangor Bekerja 2020 pada Ahad.

EXCO pembangunan generasi muda berkata seramai 19 majikan bakal menyertai program berlangsung di Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dekat sini.

"Daripada jumlah keseluruhan tawaran kerja, seramai 1,201 kekosongan menanti siswazah. Selain itu 10 majikan bakal mengadakan temu duga secara maya.

"Antara peluang pekerjaan ditawarkan adalah profesor, pensyarah, pegawai penyelidik, pengurus cawangan, penyelia, juruteknik, pembaca meter, operator pengeluaran, pemandu traktor terminal, kerani dan pembantu jualan," kata Mohd Khairuddin Othman kepada SelangorKini hari ini.

Pemohon perlu membuat pendaftaran awal menerusi:

-http://nfdot.com/ereg/views/jobfair

-Facebook Pusat Jobs Malaysia Selangor

-Instagram Jobs Malaysia Selangor

-03-5524 7740 dan 03-5523 1309

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.