ad
AGENDA

MB: Habuan RM20,000 lapor maklumat jenayah alam sekitar

27 Nov 2020, 4:02 AM
MB: Habuan RM20,000 lapor maklumat jenayah alam sekitar
MB: Habuan RM20,000 lapor maklumat jenayah alam sekitar

SHAH ALAM, 27 NOV: Kerajaan Negeri menawarkan ganjaran RM20,000 kepada pelapor kegiatan jenayah alam sekitar di Selangor sehingga menjurus kepada penangkapan dan pendakwaan.

Dato' Menteri Besar berkata penglibatan orang awam penting dalam membantu Kerajaan Selangor memelihara sumber air sekali gus menggugat kegiatan jenayah tidak beretika.

"Maklumat berterusan dan berguna diperlukan supaya mereka yang tidak bertanggungjawab ini dapat diberkas dan didakwa sehingga disabitkan kesalahan di mahkamah," tulis Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook.

[caption id="attachment_451024" align="alignleft" width="500"] Dato' Seri Amirudin Shari semasa pelancaran program 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berdasarkan Gender di Foyer SUK, Shah Alam pada 25 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata pelbagai strategi jangka pendek, sederhana dan panjang turut dirangka bagi meminimumkan kesan pencemaran sungai terhadap warga Selangor.

Pada 9 November, Dewan Negeri Selangor meluluskan pindaan Enakmen Lembaga Air Urus Selangor yang mengenakan hukuman lebih berat termasuk penjara mandatori dan denda maksimum RM1 juta.

Belanjawan Selangor 2021 menyediakan peruntukan khas bagi menangani isu pencemaran termasuk meluaskan penggunaan teknologi antaranya dron.

Mengikut belanjawan tersebut, Skuad Pantas akan membuat pemantauan 24 jam di lokasi sumber air, manakala bilangan stesen telemetri kualiti air sebagai sistem amaran awal di hulu muka sauk

ditambah.

Pengepaman air mentah dari kolam takungan Sistem Hibdrid Peningkatan Air Pinggir Sungai (Horas) dibuat jika berlaku gangguan bekalan.

Usaha tersebut diyakini mampu mengurangkan sehingga 90 peratus risiko henti tugas di loji rawatan air, seterusnya mengelakkan gangguan bekalan kepada pengguna.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.