ad
AGENSI

Covid-19: Klang catat 85 kes baharu, tertinggi di Selangor

20 Nov 2020, 2:26 PM
Covid-19: Klang catat 85 kes baharu, tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 20 NOV: Klang menjadi daerah tertinggi merekodkan kes baharu Covid-19 hari ini dengan 85 kes, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Data tersebut menunjukkan Petaling merekodkan 30 kes, Hulu Langat (20), Sepang (lapan), Kuala Langat (tujuh) dan Gombak (tiga).

Sebanyak enam daerah pula dikategorikan zon merah iaitu Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak, Sepang dan Kuala Langat.

Hulu Selangor dan Kuala Selangor pula masing-masing zon kuning dan zon jingga manakala Sabak Bernam satu-satunya daerah zon hijau di negeri ini.

Menurut data BGNS, bilangan keseluruhan kes di Selangor adalah 8,747 dengan 2,044 daripadanya kes aktif manakala 27 kematian direkodkan setakat ini.

Kes harian Covid-19 di Selangor menurun kepada 153 kes berbanding 407 semalam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.