ad
AGENSI

Luas: Bau dikesan di Sungai Kundang, tiada henti tugas LRA

14 Nov 2020, 1:24 AM
Luas: Bau dikesan di Sungai Kundang, tiada henti tugas LRA
Luas: Bau dikesan di Sungai Kundang, tiada henti tugas LRA

SHAH ALAM, 14 NOV: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesan bau di udara berhampiran kawasan Perumahan Saujana, Rawang kira-kira jam 12 pagi tadi semasa pemantauan Ops Sumber Air.

Luas dalam kenyataan di Facebook berkata tiada henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) dan gangguan bekalan air dilaporkan.

Dua agensi itu membuat pensampelan bau air di Sungai Kundang berhampiran taman tersebut dan mengesan bau sebanyak 4 TON (nombor bau nilai ambang).

[caption id="attachment_449739" align="alignright" width="420"] Luas dan Air Selangor bertindak segera meletakkan 14 beg Activated Carbon (AC) di aliran keluar dan di dalam takungan kawasan disyaki di kawasan longkang berhampiran LRK IWK pada 14 November 2020. Foto: Facebook Luas[/caption]

"Siasatan di kawasan Taman Velox mendapati kawasan takungan bersebelahan longkang berhampiran Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Indah Water Konsortium (IWK) melimpah, disyaki bocor berkemungkinan disebabkan hujan lebat di sekitar kawasan berhampiran," katanya.

Luas dan Air Selangor mengambil tindakan pantas dengan meletakkan 14 beg Activated Carbon (AC) di aliran keluar dan di dalam takungan kawasan yang disyaki di kawasan longkang berhampiran LRK IWK.

"Pihak IWK sedang melaksanakan tindakan pembersihan dan kawalan di kawasan berkenaan.

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.