AGENSI

Unisel perluas Biasiswa Bestari, bantu pelajar kurang mampu

12 Nov 2020, 10:06 AM
Unisel perluas Biasiswa Bestari, bantu pelajar kurang mampu

SHAH ALAM, 12 NOV: Universiti Selangor (Unisel) bakal memperluaskan Biasiswa Bestari di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mulai tahun depan, kata pengarah komunikasi korporatnya.

Hasril Abu Hassan berkata dana yang menawarkan yuran pengajian percuma berkenaan terbuka kepada pelajar semester pertama untuk semua program diploma dan ijazah sarjana muda di kampus Bestari Jaya.

"Sebelum ini kita menawarkan dana itu kepada pelajar kurang berkemampuan bagi kemasukan sesi Julai dan Ogos di 10 DUN terpilih.

"Susulan sambutan yang diterima amat menggalakkan dan sempena sambutan 20 tahun Unisel, kita mengambil keputusan untuk perluas lagi di seluruh DUN di Selangor," katanya dalam kenyataan.

Hasril berkata pihaknya berharap dana berkenaan dapat meringankan beban keluarga pelajar terutama ketika berdepan situasi pandemik Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.