ad
PBT

MBSJ jenama semula khidmat lesen niaga dalam talian

12 Nov 2020, 5:55 AM
MBSJ jenama semula khidmat lesen niaga dalam talian
MBSJ jenama semula khidmat lesen niaga dalam talian

SHAH ALAM, 12 NOV: Sistem e-lesen Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dijenamakan semula kepada e-lesen Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2.0 - 'Be Smart & Safe'.

Timbalan pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik berkata langkah itu selari dengan keadaan semasa Covid-19 yang membataskan hubungan fizikal dalam kalangan komuniti khususnya peniaga.

"Ia juga kesinambungan pemerkasaan perkhidmatan secara dalam talian tanpa pelanggan perlu berurusan di kaunter bersepadu MBSJ," kata Azfarizal Abdul Rashid dalam kenyataan.

Beliau berkata penjenamaan meliputi dua kategori perkhidmatan iaitu permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan.

"Bagi lain-lain kategori lesen seperti lesen penjaja dan lesen iklan luaran turut diakses melalui dalam talian," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.