ad
AGENSI

Air Selangor: 404 kawasan terima bekalan, 875 dalam proses

11 Nov 2020, 1:38 PM
Air Selangor: 404 kawasan terima bekalan, 875 dalam proses
Air Selangor: 404 kawasan terima bekalan, 875 dalam proses

SHAH ALAM, 11 NOV: Sebanyak 404 daripada 1,279 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mula menerima bekalan air sepenuhnya mulai jam 6 petang tadi.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata manakala 875 kawasan lagi di wilayah yang terjejas masih dalam proses pemulihan.

"Peratusan pemulihan setakat ini ialah Kuala Selangor 67 peratus, Gombak (31 peratus), Kuala Lumpur (28 peratus), Petaling (17 peratus), Klang/Shah Alam (13 peratus) serta Hulu Selangor dan Kuala Langat masing-masing sifar peratus," kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Beliau berkata pengguna disaran membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan selain menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan terjejas berjalan lancar.

Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor serta laman sesawang www.airselangor.com .

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.