ad
AGENSI

Selangor rekod nilai pelaburan RM11.7 bilion sehingga Jun

11 Nov 2020, 8:11 AM
Selangor rekod nilai pelaburan RM11.7 bilion sehingga Jun

SHAH ALAM, 11 NOV: Selangor merekodkan nilai pelaburan RM11.7 bilion antara Januari sehingga Jun tahun ini, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sektor perkhidmatan menyumbang 60 peratus nilai pelaburan manakala baki 40 peratus daripada sektor pembuatan, pembinaan, pertanian dan kuari.

"Pada 2018 Selangor berjaya merekod nilai pelaburan RM17 bilion dan angka ini meningkat kepada RM18 bilion pada tahun lepas.

"Selangor selalu dianggap negeri perindustrian namun ekosistem ekonomi sudah berubah apabila sektor perkhidmatan menjadi semakin penting," katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Semenyih Zakaria Hanafi pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Amirudin berkata ketelusan pentadbiran, dasar mesra pelabur dan infrastruktur berkualiti tinggi faktor penarik negeri ini sebagai destinasi pelaburan.

"Dasar Kelulusan 100 Hari untuk menjalankan perniagaan atau pelaburan, lawatan ke kilang serta pameran dan seminar secara maya diyakini membantu kita berdepan situasi ekonomi mencabar pada tahun depan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.