AGENDA

Ringgit dibuka rendah 4.1190/1230 berbanding dolar AS

11 Nov 2020, 2:37 AM
Ringgit dibuka rendah 4.1190/1230 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 NOV: Ringgit susut sedikit berbanding dolar AS yang mengukuh pada awal dagangan hari ini, didorong oleh peningkatan harga minyak ketika sentimen optimis membabitkan vaksin Covid-19 terus mengatasi kebimbangan terhadap prospek permintaan.

Pada 9.16 pagi, unit tempatan itu berada pada 4.1190/1230 berbanding dolar AS daripada 4.1180/1230 sewaktu dagangan ditutup semalam.

Pasaran menyaksikan penyusutan simpanan minyak mentah dengan data pihak American Petroleum Institute (API) menunjukkan stok simpanan tersebut susut 5.147 juta tong bagi minggu berakhir 6 Nov lepas.

Pada minggu sebelumnya, API berkata angka penyusutan itu mencecah 8.01 juta tong.

Selain itu, dolar AS juga rendah berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan baharu Covid-19 di negara maju itu.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain kecuali dolar Singapura.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0547/0588 daripada 3.0567/0606 pada Selasa namun rendah berbanding euro kepada 4.8674/8734 daripada 4.8613/8684.

Ringgit juga susut berbanding yen kepada 3.9150/9199 daripada 3.9092/9151 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4606/4675 daripada 5.4551/4634 semalam.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.