ad
ADN

LRA Sungai Rasau siap pada 2028, tampung keperluan pengguna

10 Nov 2020, 4:03 AM
LRA Sungai Rasau siap pada 2028, tampung keperluan pengguna

SHAH ALAM, 10 NOV: Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau yang membekalkan lebih 1,000 juta liter air sehari (JLH) dijangka siap pada 2028.

EXCO infrastruktur dan kemudahan awam berkata mengikut perancangan, fasa pertama LRA tersebut siap pada 2024 manakala fasa kedua siap empat tahun berikutnya.

"Fasa pertama LRA yang mampu menyalurkan 700 JLH khusus untuk bekalan penduduk Klang sementara LRA fasa kedua juga mengeluarkan 700 JLH untuk menampung bekalan kawasan lain.

"Projek ini tidak boleh gagal demi kelangsungan bekalan air di Lembah Klang, jadi pembinaannya perlu dimulakan segera dan siap mengikut jadual," kata Ir Izham Hashim.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Subang Jaya Michelle Ng berhubung status pembinaan LRA Sungai Rasau pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Ir Izham berkata Kerajaan Negeri juga memohon dana sejumlah RM500 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi melaksanakan kerja huluan sumber air.

Pada 6 September, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembinaan LRA tambahan mengurangkan kebergantungan terhadap tiga LRA Sungai Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.