ad
AGENDA

Elaun pegawai bomba bantuan naik kepada RM8 sejam

6 Nov 2020, 12:18 PM
Elaun pegawai bomba bantuan naik kepada RM8 sejam

SHAH ALAM, 6 NOV: Lebih 1,900 pegawai bomba bantuan menerima kenaikan kadar elaun dari RM6 kepada RM8 sejam mulai Januari depan.

Menteri kewangan berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan sekali bayar (one-off) bernilai RM500 kepada 40,000 pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara.

"Kerajaan turut memperkenalkan Skim Perlindungan Kemalangan Diri percuma sehingga RM100,000 kepada peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bagi 2021 dan 2022.

"Langkah ini sebagai menambah baik kemudahan anggota perkhidmatan awam yang berkorban menjaga rakyat demi kesejahteraan negara," kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.